Doa Bulan Sya’ban: Panduan Rumi dan Teks Arab
Apakah bacaan Doa Bulan Sya’ban? Artikel ini akan memberikan panduan rumi dan teks arab untuk doa di bulan Sya’ban bagi memudahkan pembacaan dan hafalan anda. Di samping itu, artikel juga akan mengupas akan kelebihan serta amalan-amalan yang boleh dilakukan sepanjang bulan ini.
Bulan Sya’ban, bulan pemisah dan keberkahan
Menurut istillah Syaaban atau Sya’ban membawa maksud berpecah-pecah. Pendapat mengatakan bahawa istillah ini diambil dari peristiwa di mana pada ketika itu bangsa Quraisy terpaksa berpecah-pecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir. Bulan kelapan dalam tahun hijriah ini juga menjadi bulan pemisah di antara Rejab dan Ramadhan.
Bulan Sya’ban merupakan bulan yang sangat istimewa kerana di dalamnya terkandung kebaikan (al-Khair) dan keberkatan (al-Barakah). Contoh peristiwa bersejarah yang berlaku pada bulan tersebut bagi seluruh umat Islam adalah peristiwa peralihan kiblat dari Masjidilaqsa ke Kaabah di Masjidilharam dan peperangan Bani Mustaliq (Muraisi’). Penduduk langit mengelarnya sebagai Syahr an-Nabi (bulan Nabi Muhammad SAW) kerana Allah SWT telah memuliakan dan mengagungkan Baginda dengan mujizat yang diberikan pada bulan ini.
Sya’ban juga satu daripada empat bulan yang dinyatakan Allah SWT sebagai bulan yang dihormati seperti firman-Nya yang bermaksud:
“Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa ia menciptan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus” (Surah at-Taubah : ayat 36)
Doa malam Bulan Sya’ban
Teks rumi: Allahumma yaa dzalman-na wa laayamun-nu ‘alaihi yaadzaljalaali wal ikraam, yaadzaath thu-li wal in’aami, laa ilaaha illaa anta zhahrallajiinaa, wa jaaralmus tajiiriina wa amaanal khaaifiin. Allahumma inkunta katabtanii ‘indaka fii ummil kittabi syaqiyaan au mahruuman au muqtarran ‘alayya firrizqi. Famhu allahumma fi ummil kitabi shaqowati wahirmani waqtitaro rizqi. Waktubni ‘aindaka sa ‘a iddan marzuqon muqaffaqon lilkhoirro ti fainnaka qulta waqaw lukal haqqu fi kitabikal munzali ‘ala lisani nabiyyikal mursali. Yamhumullahu ma ya shau qa yusbitu wa ‘aindahu ummulkitabi. Washollallaahu’alaa sayyidinaa Muhammadin wa-alihi washohbihii wassallam, walhamdulillahi rabbil’alamiin
Maksudnya: “Wahai Tuhanku yang Maha Pemberi, Engkau tidak memerlukan pemberian. Wahai Tuhan Pemilik Kebesaran dan Kemuliaan. Wahai Tuhan pemberi segala kekayaan dan segala nikmat. Tiada Tuhan selain Engkau, kekuatan orang yang meminta pertolongan, lindungan orang yangmencari perlindungan, dan tempat yang aman bagi orang yang ketakutan. Tuhanku, seandainya Engkau mencatatkan bagi diriku di sisi-Mu pada Luh Mahfuzh sebagai orang yang sengsara atau orang yang sempit rezeki, maka hapuskanlah catatan itu. Sebaliknya, catatkanlah aku di sisi-Mu sebagai orang yang bahagia, murah rezeki dan memperolehi taufiq-Mu untuk berbuat kebaikan. Sesungguhnya Engkau telah berfirman dan bahawasanya firman-Mu adalah benar di kitabmu yang diturunkan melalui ucapan Rasul utusan-Mu. Allah menghapus dan menetapkan apa yang Dia kehendaki. Di sisi-Nya Luh Mahfuzh. Semoga Allah memberikan selawat kepada Sayyidina Muhammad SAW dan keluarga berserta para sahabatnya. Segala puji bagi Allah SWT.”